Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
&
Salam Sejahtera

"Masjid Terbina, Ummah Terpelihara"

Masjid bukan sekadar tempat solat, ia adalah pusat kehidupan umat Islam. Masjid Taman Dahlia bakal dibina sebagai mercu tanda ibadah, keilmuan, dan kebajikan untuk masyarakat setempat. Dengan pertumbuhan jumlah penduduk yang pesat, keperluan untuk masjid yang lebih besar dan selesa menjadi semakin mendesak. Kini, anda berpeluang menjadi sebahagian daripada sejarah ini dengan menyumbang kepada pembangunan rumah Allah yang penuh barakah ini.

Kenapa Masjid Ini Perlu Dibangunkan?

Keadaan Jemaah Di Surau Terdekat

Kemudahan Yang Terhad

Ruang solat sedia ada tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat, terutama pada solat Jumaat dan tarawih.

Pusat Pendidikan Islam

Masjid ini akan menjadi pusat bagi kelas mengaji, ceramah agama, dan bimbingan rohani untuk semua peringkat umur.

Masjid

Komuniti Islam Yang Kukuh

Dengan adanya masjid ini, hubungan ukhuwah dalam kalangan penduduk dapat dieratkan melalui pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Pahala Berterusan

Setiap sumbangan ke arah pembangunan masjid ini adalah sedekah jariah yang akan mengalir pahalanya selagi ia digunakan untuk beribadah.

Maklumat Pembangunan Masjid

📍 Lokasi: Lot 812, Bandar Baru Salak Tinggi Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan

🎯 Sasaran Kutipan: RM17 Juta

📅 Tempoh Pelaksanaan: Projek ini dirancang untuk dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai matlamat pembinaan penuh.

Bagaimana Anda Boleh Membantu Dalam Pembangunan Ini?

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha membina rumah Allah ini. Setiap sen yang anda sumbangkan adalah bekalan yang akan menanti anda di akhirat kelak.

Seiiring dengan potongan hadis dibawah:

Pahala belanja dijalan Allah S.W.T berganda...

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

Kebenaran Pembinaan Masjid oleh Jabatan Agama Islam Selangor

Kebenaran Kutipan Wakaf oleh Perbadanan Wakaf Selangor

Jom Wakaf & Infak Sekarang!

Tidak perlu menunggu kaya untuk memberi, kerana setiap sen yang kita dermakan hari ini adalah bekalan akhirat yang kekal abadi.

Anda boleh salurkan sumbangan ke akaun:

1-00-5551-00006904-7

Atau melalui QR Code tertera

Jangan lepaskan peluang ini. Jadilah antara penyumbang yang meletakkan asas rumah Allah, dan nikmati ganjaran yang tidak ternilai di sisi-Nya. 🤲✨